Sunday, October 20, 2019

Gerai belangkas mahkota kota tinggi, johor

Kaknab pi makan di kedai ni pada bulan september 2019. Tapi baru nak post kat sini.

Sedap lauk belangkas kedai ni. Bayangkan lah mula kaknab pi 17/9/19. Balik sungai petani, pi pula pada 25/9/19. Jauh pun jauh la nak makan punya pasai sanggup redah lebuhraya hehe.

Untuk makan seorang lauk belangkas rm12.00. tak kisah la tempat lain tak jumpa lauk ni. Kalau jumpa belangkas hidup orang jual kaknab beli, masak sendiri. Tak ada orang jual pun. Sekali ja kaknab beli kat tepi sungai muar masa mancing ikan. Orang tu jual untuk buat umpan mancing ikan sembilang. Kaknab beli masak. Murah pula tu sekor rm5 sahaja. Beli dua ekor. Masak  dua hari. Sekor masak lemak cili api, sekor lagi masa gorenf cabai.

Sepinggan mcm tu mkn
Dua org rm24.00
Hero dlm gambar tu suami
Kaknab


Tuesday, January 16, 2018

Cendol,/rojak ali puncak alam

Setiap kali pi ambik cucu di little caliph, setia alam,  dari alam suria ke setia alam, mesti lalu jalan ni di mana ada jual cendol/rojak di bawah pokok,  dekat round about sebelum sampai uitm puncak alam.  Dok tengok ramai juga orang berhenti makan dok presume mesti sedap punya sebab ramai orang.


Hari ni suami pun beli nak cuba rasa. Kaknab ni lidah penang,  klu pasembur a. K. A rojak orang kl panggil.  Mesti la sedap lagi hat yang penang punya.  Kalau pasembur yang kat round about ni, ali rojak/cendul kaknab rasa la,  ikut tekak kaknab memang tak pi la for the 2nd time.  Jadi jawapannnya tak sedap la. Sepinggan rm5. Rojak atau pasembur dia tu mahal la.

Pasemburnya

Ok mi gorengnya pula.  Sepinggan rm5/= tak sedap juga.  Kalau kat penang atau kat sg lalang bedong,  dimana kaknab tinggal sekarang,  kalau buka bungkusan mi goreng aroma mi goreng mamak memang sedap. Tapi bila buka ja mi goreng yang kaknab beli kat puncak alam ni,  hambar ja,  not nice la I tell you.  Macam mana ya kaknab baca bloggers yang biasa makan kata sedap.  Lain tekak lain la rasanya kan.

Mi gorengnya.

Cendol pula.

Cendolnya juga tak sedap la,  manis saja tak rasa lemak,  macam cendol,  kat penang road,  cendol kat jalan maklum sungai dua. Cendol BM pun dia tak boleh lawan.

Cendolnya

Ok conclusion, the first and the last la,  tak repeat dah la jawabnya.




Sekian saja review hari ini

Saturday, October 21, 2017

Makan tosei murtabak hussein nasi kandaq spetani

Ni masa posting dok makan kat hussein nasi kandaq sungai petani.
Pekena tosei dan murtabak.  Kuah dalca dia memang sedap pekat.
Siap beli lauk untuk makan tengahari.  Hari ni aku tak payah masak.  Boleh la jahit seharian.
Yang best internet kat sini laju berdesup


Tuesday, October 3, 2017

Rojak petis tanjung emas, muar

Lama tak makan rojak petis,  sejak gerai kat padang dipindahkan ke astaka makan tanjung emas.

Makan semalam dengan suami,  sepinggan 3.00 seorang. 




Tuesday, September 26, 2017

Murtabak singapore

Kat muar kalau nak makan murtabak singapore,  mai la rasa,  sedap la juga.
Ada juga sup kambing,  sup ayam makan dengan roti.

Tadi pi makan dengan husband,  dari sungai petani, sampai muar lapaq la pula.  Singgah makan murtabak.  Cukuplah makan untuk malam ni.  Esok boleh pi batu pahat pekena nasi vroani mad shah.





Sunday, July 9, 2017

restoran ikan bakar aroma, jeram

Baru balik makan petang di resroran ikan bakar Aroma kat Jeram, selangor.
Restoran terletak di tepi laut.







ikan siakap 3 rasa


Sotonh goreng tepung

Sayurr kobis kecil

Udang masak cabai.

ikan pari bakar.
Sedap, sosnya pun sedap
Komen makanan kat sini okay la juga harga pun berpatutan. Kalau nk cepat datang siang lepas asar ka, jangan datang malam orang ramai.
Macam kami datang pukul 4. Cepat saja dapat order

Thursday, August 11, 2016

jalan jalan cari makan di sungai petani

kaknab sekarang tinggal di sungai lalang, bedong, dekat dengan sungai petani. mai kaknab cerita sikit tempat makan yang  kaknab selalu pi makan. kaknab jarang makan kat luar, selalu masak walaupun tinggal kami berdua. cuma kadang2 saja kaknab keluar makan dengan suami, lagi pun suami punya tekak yg agak cerewet sikit. kalau dia makan , dia kata ok ke sedap ka, maknanya sedap la makanan di kedai tu, kalau kaknab makan sedap bagi dia tak sedap, maka sekali la kami pi makan kat kedai tu, takkan berulang lagi.

restaurant barkath, sungai petani

capati kat restaurant barkath. kedai dekat dengan pasar tani sungai petani. kalau hari pasar tani iaitu ahad, isnin dan khamis, maka ramai la orang kat kedai ni, capati tu mami yg buat, mmg lembut dan sedap. ada juga gerai cucuq udang, gerai soto, roti canai dan gerai koaw teow dan char hor fun.
semua gerai2/ni menempek kedai barkath, nasi campur dan minuman tuan kedai punya.
tapi minuman kat kedai barkath ni memang mahal, segelas teh ais rm1.80.
kadang kaknab dengan suami makan capati dan cucuq udang saja, kami tak order minum. kami bawa air mineral sendiri.

mee tajuddin restauran taulat

kedai nI kat jalan pasar, mee goreng, mee rebus dan pasembor, tempat makan yang bersih dan selesa. harga pun berpatutan. kerap juga kaknab and suami mai makan kat sini.

mee abu

kedai ni dekat bedong, kalau dari traffic bedong, ke pekan bedong sebelah kiri jalan nak ke pasar bedong.
mee ni sedap juga.

nasi kandaq naina, bedong

sebelum sampai ke mee abu, kita akan jumpa gerai tepi jalan nasi kandaq naina. nasi dan lauk dia sedap juga, dan tak berapa,mahal. naina ni adalah bekas pemain bola kedah hijau kuning

nasi kandar ZBCH, bedong

atas sikit saja lagi dari nasi kandar naina, anda akan jumpa nasi kandar zbch. kedai nasi melayu ala ala nasi kandar, kalau orang tidak suka makan nasi mamak, boleh makan disini, lauk pauknya sedap juga, lauk ayamnya memang besar, boleh makan untyk dua orang. kaknab dengan suami pun kongsi, kalau makan sorang memang tak habis, besar sangat. nasi putih dan nasi tumis. kalau tak mau makan nasi boleh makan roti canai atau murtabak. murtabaknya besar dan sedap. yang special kedai ni, semua pekerjanya wanita,termasuk tukang tebar roti canai.