Showing posts with label jjcm di penang. Show all posts
Showing posts with label jjcm di penang. Show all posts

Monday, December 5, 2022

mee pak long din, penaga

 maknab nak pi makan mee tulang/udang pak long din dekat penaga, kg pasiaq gebu. dah la jauh juga dari spetani, pi pi tak buka pula. penat aih. masa nak keluaq pi jalan besaq ramai juga orang nak pi makan, jenuh depa pun kena patah balik macam maknab juga. hahahaha.🤣🤣🤣🤣🤣🤣

maknab ambik gambaq saja. cantik pemandangan dekat kedai tu. tepi sungai, ada boat nelayan. nanti lain kali boleh pi lain. sebab kawan kata mee dia sedap. gambaq kedai maknab ambik dari google tak sempat nak ambik gambaq nama kedai. sebab cantik pemandangan, maknab cuma ambik gambaq  boat dan pelantaq nelayan kat tepi sungai saja.




ni maknab ambik dari google,


Saturday, October 1, 2022

kassim mustapha nasi dalca, , penang

 Sebenarnya maknab selalu juga mai makan kasim nasi kandar kat chulia street, penang . tapi tak pernah masuk blog. dulu masa anak anak maknab kecik2 selalu bawa depa mai makan kedai kasim nasi kandar, masa tu kedai dia kecik ja, bapa dia jadi cashier. 

pastu lama lama kedai pun besar, tapi la ni sebab banyak sangat kedai nasi kandar kat penang, kedai Kasim mustapha pun pelan dok merosot tak ramai orang pula. kalau dulu pukul 8.00 dah boleh pi makan nasi dalca, tapi la ni pukul 11.00-11.30 baru buka sampai malam.

nasi dalca rasa macam dulu juga, sedap. memang kedai nasi kandaq banyak kat penang, kalau tak boleh bertahan mesti tutup punya. dulu dawood restaurant memang top, city restaurant, meera restaurant, banyak lagi kasim nasi kandar kat simpang 6 dulu pun top. la ni simpang 6 pun xdak lagi. sapa orang penang tau la simpang 6 kat mana.






Tuesday, September 27, 2022

pasembor yang paling sedap di penang. pasembor karim union street

 mai maknab cerita pasembor yang sedap di penang. tapi buka hanya waktu siang. isnin-sabtu. tempatnya di union street, penang. boleh google ja, sebelah chartered bank. senang cari. boleh tambah apa yang kita suka atau boleh je minta biasa rm5.00 atau rm10.00. maknab beli bungkus ja sebab dah makan nasi kandaq kampung melayu. balik makan rumah ja. maknab beli yang rm10.00. maknab tak pilih segala maknenek yang ada kat situ. kalau beli biasa pun dia dah campur semua. sotong pun ada.

 

    ni yang rm10.00.semua ada




boleh ja pilih apa yang kita nak




Thursday, June 9, 2022

Hokkien mee bee wah restaurant

 

Mak nab makan mee hokkien atau mee udang kat kedai bee wah penang. Selalu kalau pi makan mee curry. Hari tu maknab try mee udang pula. Maknab suka campur mee dengan bihun. Dan bihun lebih dari mee.


Hokien mee

Suami makan mee curry


Friday, November 5, 2021

Sup hameed penang road

Kedai sup hameed jalan penang road, dekat dengan hotel malaysia, hotel citytel, senang nak cari. Ada jual nasi kandar, pasembur, mee goreng, nasi goreng, menu yg paling top sup kambing atau sup ayam. Set dia deng. Roti benggali cecah dengan sup. 

Roti benggali memang sedap tak dapat kat tempat lain. Kaknab yang tinggal di sungai petani pun tak dapat rasa roti benggali sesedap penang.

Kat sungai petani pun ada jual roti benggali tapi texture dia tak macam yang kat Malia, transfer road, penang. 




Sarapan cafe bee hwa dicken street penang

 Cafe ni terletak depan pintu masuk ipk (quarters polis) penang.  Kat sini mee curry dan char koay teow dia memang sedap. Walaupun kedai cina, tapi halal. Pekerja dia pun semua melayu. Dah jadi trend kedai cina jual halal food senang orang melayu pun boleh makan. Pelangan2 di pun 95% orang melayu.

Memang sentiasa penuh kedai ni. Apa lagi musim cuti ramai pelancung dari luar.









Thursday, November 4, 2021

Cucur udang aka hechi bazaar penang

 Ni mai makan cucur udang kat kedai dalam bazaar penang. Sebab sini orang penang saja yang tahu, jadi tak berapa ramai macam yang dekat tamil street sebelah chowrasta market. Pelancung luar memang tumpu kat situ, ice dinding atau ice tingkap.

Kat bazaar ni memang dari dulu kaknab mai makan. Dari kecil lagi memang selalu makan kat sini. Rasa tidak berubah dari dulu hingga sekarang. mungkin dari bapa turun ke anak2 tu yang rasa tak ubah.









Thursday, October 16, 2014

mi sotong, ais kacang dan fish and chip padang kota.


sebenarnya lama kaknab tak makan mi sotong kat padang kota. sejak berhenti kerja tahun 1997. kaknab dah tak pi makan mi sotong ni. Dulu masa kaknab dok kerja kat boustead shipping, penang, padang kota memang tempat kaknab dok makan lunch.  bila dah tak kerja kat situ lagi, yang kaknab dok makan makan kat bukit mertajam, mi sotong dengan ais kacang jalil kat bm pun ada. jadi tak payah lah kaknab pergi jauh jauh sampai padang kota,

tapi baru baru ni, kak nab ronda2 dengan husband, merempit dari sungai petani, saja je, sejak dia pencen, kaknab pun tak kerja, kami pi mana pun naik motor keeway dia saja, save tol dan minyak, lagi pun senang, penang kan selalu jam, kalau motor boleh lah mencelah.

bila rasa mi sotong, awat tak berapa sedap macam dulu, ais kacang dia pun tak best lagi, kut barang naik harga depa nak untung lebih. kata husband tak payah mai lah lain kali, kalau rasa dah tak best lagi. mi sotong kat permatang pauh depan uitm, mi sotong kepala batas lebih sedap.

kaknab juga makan fish and chips kat padang kota. dari dulu memang kaknab punya favourite, fish and chips, chicken chop depa memang sedap. dulu masa kaknab dok kerja cuma rm5.00 saja fish and chip dia, tapi la ni dah rm8.00 tak apa lah mahai sikit, tapi sedap dia maintain. masih macam dulu juga. memang sedap dari tempat lain. Seingat kaknab tokeh yang jual fish n chip ni ialah kembar, muka memang sama. lepas tu depa buka lagi satu cawangan kat belakang hotel apa entah tak ingat lagi. office kaknab p&O Nedlloyd pindah kat bangunan ni.

fish and chip padang kota



mi sotong  padng kota

Tuesday, October 2, 2012

tosei restoran perdana depan IPD Perda

ni lah tosei favourite kaknab, tosei dia besar, garing, rangup


Sunday, April 11, 2010

mi ketam tok kun, bukit mertajam


memang sedap

gerai mi ini di tepi jalan on the way dari bukit mertajam ke kulim.
ada menjual mi goreng, mi rebus dan pasembur, dengan harga rm3 atau rm3.50 sepinggan. air kelapa yang murah dan isi yang banyak hanya rm1.20 saja. tiap hari ramai pelanggan menjamus selera disitu.

Nama restaurant: Mi ketam, Jalan Kulim/bm.

laksa janggus balik pulau, penang


memang sedap


di panggil laksa janggus kerana restaurant dibawah pokok janggus, terletak di kampung perlis, balik pulau, semangkuk laksa hanyak rm2. di situ juga ada menjual goreng pisang panas yang rangup dan sedap xterdapat ditempat lain.

Nama restaurant: Laksa janggus, kampung perlis, balik pulau.