Showing posts with label jjcm di kedah. Show all posts
Showing posts with label jjcm di kedah. Show all posts

Tuesday, December 6, 2022

kedai makan kampung ismail shahromm, taman delima, sungai petani

 jom maknab cerita kedai makan kampung yang terletak dekat taman delima, sungai petani. tapi dalam google dia habaq kampung bakar bata. kalau nak pi melalui lencong barat lagi senang, jalan pun lebar sikit, tapi kalau mai kut bakar arang jalan agak kecik. maknab tinggal di sungai lalang, jadi kalau nak pi sana maknab lalu lencong barat lebih dekat dan senang. 

lebih mudah kalau melalui jalan lencong barat


maknab sampai di kedai pukul 11.30 orang dah ramai. meja dah penuh, sebab masih awal ada lagi tempat kosong. lauk pauk memang berbagai. rambang mata juga nak pilih. maknab pilih kan pari bakar dan ikan temenum bakar. sebab depa bakar dengan arang. kita kat rumah mana nak cari arang. maknab ambik gulai pisang, kerabu mempelam. daging cencang dengan kentang, makan dua orang lauknya harga 23.00 dan air durian belanda rm5.00 segelas besar, jadi makan semua sekali 33.00 saja. murah kan. sebab ikan pari dia besar juga. ikan temenum bakar tak sempat nak habis, so bungkus balik.

review lauk pauk kat situ, memag sedap. kira boleh ulang lagi. sebab lauk yang banyak pi banyak kali boleh rasa semua lauk. hahaha kaki makan maknab ni.

disamping tu maknab ada juga bungkuih lauk, burung puyuh masak kical sekor, sambal tempe, pajeri terung 3 lauk ni cuma rm10.00. senang banyak petang boleh makan maknab tak payah masak. tu yang seronok tu heheheheπŸ˜πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ 

tempat parking pun banyak. tak ada masaalah. 


mai maknab tunjuk gambar lauk pauk yang maknab ambik 














Thursday, September 29, 2022

cendol station aman jaya

 Tadi maknab baru pi makan kat kedai cendol Station dekat aman jaya, Sungai petani.

saja je nak rasa sedap ka tak, tengok orang ramai juga pi makan. Boleh lah kalau perut lapar sangat. tapi maknab rasa maknab tak pi dah kut.

Maknab selalu dok pi makan cendol kat jalan maklum sungai dua, penang, kalau cendol station boleh lawan sedap macam jalan maklum tak payah lah maknab pi jauh nuu di penang.tapi rasanya hampeh tak sesedap cendol maklum 🀣🀣🀣🀣🀣🀣

maknab order mee curry. bagi tekak maknab tak berapa sedap. orang lain tak tahu lah. Suami pula order moay soup, maknab tanya dia ok ke, dia kata boleh lah.

maknab order cendol aiscream, suami order cendol pulut.

moay soup daging

cendol ais cream

cendol pulut

meecurry



Wednesday, September 28, 2022

tosei sedap di bandar baru sungai lalang

 hari ni maknab pi makan tosei dan roti canai yang sedap di bandar baru, sungai lalang.

kuah catni dia yang sedap. walaupun kedai biasa biasa saja. orang ramai juga pi makan. murah dan sedap. maknab makan 3 tosei 1 roti canai, teh tarik 1, teh ais 1. semua total rm7.80. murah kan. makan kedai makan macam ni tak ada tax, maknab pi makan kat hussein nasi kandar ada tax lagi. πŸ˜’




Friday, November 5, 2021

Cucur udang mad taman pknk alor setar

 Jjcm ke alor setar makan cucur udang mad kat taman pknk alor setar.

Kedai dia tepi jalan sederet dengan kedai makan bermacam2 kat situ. Kena masuk jalan taman pknk kedai berhadapan kedai2 mini market pun ada kat situ.

Cucur udang mad kalau malam jual kat pasar malam. Dulu kaknab selalu makan Kat pasar malam jalan putera, sabtu, ahad dan isnin. Sekarang mak tak tinggal di kampung seberang terus lagi, rumah pun tak ada lagi kat situ. 


Sepinggan rm5.00. dulu last dok makan kat pasar malam sepinggan rm3.00. maknanya lama betul tak pi makan kat pasar malam sabtu kat jalan putera. Kita dok sungI petani. Xkan nak pi makan jauh pula tu. 

Tuesday, December 24, 2019

Peknga nyok dan peknga pisang warung klasik alor setar

Kedai ni terletak di tepi jalan besar menuju kangar, perlis. Nama tempat padang lalang.








Kaknab pi naik moto dari sungai petani nak makan peknga saja. dok orang viral dalam fb. Memang sedap sangat.peknga pisang, pisang banyak dan lembut. Peknga nyok pum sedap. Depa guna nyok mantan.

Orang ramai kedai tu. Pulut takbrasa lagi nanti pi lain naaa.

Saturday, October 21, 2017

Makan tosei murtabak hussein nasi kandaq spetani

Ni masa posting dok makan kat hussein nasi kandaq sungai petani.
Pekena tosei dan murtabak.  Kuah dalca dia memang sedap pekat.
Siap beli lauk untuk makan tengahari.  Hari ni aku tak payah masak.  Boleh la jahit seharian.
Yang best internet kat sini laju berdesup


Thursday, August 11, 2016

jalan jalan cari makan di sungai petani

kaknab sekarang tinggal di sungai lalang, bedong, dekat dengan sungai petani. mai kaknab cerita sikit tempat makan yang  kaknab selalu pi makan. kaknab jarang makan kat luar, selalu masak walaupun tinggal kami berdua. cuma kadang2 saja kaknab keluar makan dengan suami, lagi pun suami punya tekak yg agak cerewet sikit. kalau dia makan , dia kata ok ke sedap ka, maknanya sedap la makanan di kedai tu, kalau kaknab makan sedap bagi dia tak sedap, maka sekali la kami pi makan kat kedai tu, takkan berulang lagi.

restaurant barkath, sungai petani

capati kat restaurant barkath. kedai dekat dengan pasar tani sungai petani. kalau hari pasar tani iaitu ahad, isnin dan khamis, maka ramai la orang kat kedai ni, capati tu mami yg buat, mmg lembut dan sedap. ada juga gerai cucuq udang, gerai soto, roti canai dan gerai koaw teow dan char hor fun.
semua gerai2/ni menempek kedai barkath, nasi campur dan minuman tuan kedai punya.
tapi minuman kat kedai barkath ni memang mahal, segelas teh ais rm1.80.
kadang kaknab dengan suami makan capati dan cucuq udang saja, kami tak order minum. kami bawa air mineral sendiri.

mee tajuddin restauran taulat

kedai nI kat jalan pasar, mee goreng, mee rebus dan pasembor, tempat makan yang bersih dan selesa. harga pun berpatutan. kerap juga kaknab and suami mai makan kat sini.

mee abu

kedai ni dekat bedong, kalau dari traffic bedong, ke pekan bedong sebelah kiri jalan nak ke pasar bedong.
mee ni sedap juga.

nasi kandaq naina, bedong

sebelum sampai ke mee abu, kita akan jumpa gerai tepi jalan nasi kandaq naina. nasi dan lauk dia sedap juga, dan tak berapa,mahal. naina ni adalah bekas pemain bola kedah hijau kuning

nasi kandar ZBCH, bedong

atas sikit saja lagi dari nasi kandar naina, anda akan jumpa nasi kandar zbch. kedai nasi melayu ala ala nasi kandar, kalau orang tidak suka makan nasi mamak, boleh makan disini, lauk pauknya sedap juga, lauk ayamnya memang besar, boleh makan untyk dua orang. kaknab dengan suami pun kongsi, kalau makan sorang memang tak habis, besar sangat. nasi putih dan nasi tumis. kalau tak mau makan nasi boleh makan roti canai atau murtabak. murtabaknya besar dan sedap. yang special kedai ni, semua pekerjanya wanita,termasuk tukang tebar roti canai.