Thursday, August 11, 2016

jalan jalan cari makan di sungai petani

kaknab sekarang tinggal di sungai lalang, bedong, dekat dengan sungai petani. mai kaknab cerita sikit tempat makan yang  kaknab selalu pi makan. kaknab jarang makan kat luar, selalu masak walaupun tinggal kami berdua. cuma kadang2 saja kaknab keluar makan dengan suami, lagi pun suami punya tekak yg agak cerewet sikit. kalau dia makan , dia kata ok ke sedap ka, maknanya sedap la makanan di kedai tu, kalau kaknab makan sedap bagi dia tak sedap, maka sekali la kami pi makan kat kedai tu, takkan berulang lagi.

restaurant barkath, sungai petani

capati kat restaurant barkath. kedai dekat dengan pasar tani sungai petani. kalau hari pasar tani iaitu ahad, isnin dan khamis, maka ramai la orang kat kedai ni, capati tu mami yg buat, mmg lembut dan sedap. ada juga gerai cucuq udang, gerai soto, roti canai dan gerai koaw teow dan char hor fun.
semua gerai2/ni menempek kedai barkath, nasi campur dan minuman tuan kedai punya.
tapi minuman kat kedai barkath ni memang mahal, segelas teh ais rm1.80.
kadang kaknab dengan suami makan capati dan cucuq udang saja, kami tak order minum. kami bawa air mineral sendiri.

mee tajuddin restauran taulat

kedai nI kat jalan pasar, mee goreng, mee rebus dan pasembor, tempat makan yang bersih dan selesa. harga pun berpatutan. kerap juga kaknab and suami mai makan kat sini.

mee abu

kedai ni dekat bedong, kalau dari traffic bedong, ke pekan bedong sebelah kiri jalan nak ke pasar bedong.
mee ni sedap juga.

nasi kandaq naina, bedong

sebelum sampai ke mee abu, kita akan jumpa gerai tepi jalan nasi kandaq naina. nasi dan lauk dia sedap juga, dan tak berapa,mahal. naina ni adalah bekas pemain bola kedah hijau kuning

nasi kandar ZBCH, bedong

atas sikit saja lagi dari nasi kandar naina, anda akan jumpa nasi kandar zbch. kedai nasi melayu ala ala nasi kandar, kalau orang tidak suka makan nasi mamak, boleh makan disini, lauk pauknya sedap juga, lauk ayamnya memang besar, boleh makan untyk dua orang. kaknab dengan suami pun kongsi, kalau makan sorang memang tak habis, besar sangat. nasi putih dan nasi tumis. kalau tak mau makan nasi boleh makan roti canai atau murtabak. murtabaknya besar dan sedap. yang special kedai ni, semua pekerjanya wanita,termasuk tukang tebar roti canai.

No comments:

Post a Comment