Tuesday, September 10, 2013

satay sedap kat muar

ni pula antara kedai satay yang kaknab rasa memang sedap sataynya. kat jalan bakri, nama kedainya, zin satay house batu 2 1/4 jalan bakri muar johor. malam memang ramai orang. tapi servicenya cepat juga. kaknab siap ambik kad mana lah tau kalau kalau nak order untuk open house ke apa ka. ni no. tel dia 012 9119300, 06-9033100

Nama restaurant : Zin Satay house, jalan Bakri, Muar, Johor


mi bandung muar

kalau ada di muar, kaknab selalu pi makan mi bandung, rata2 juga kaknab rasa, kat bazzar muar Abu bakar hanafiah, stesen bas bentayan, tanjung emas, tanjung agas. dalam semua kedai ni, hanya satu bagi kaknab yang sedap iaitu kat tanjung agas, taman syed nasir, iaitu mi bandung central. rasa dia memang okay, selalu kaknab makan mi bandung manis sangat, manis ajinomoto, tu yang xboleh telan. kat abu bakar hanafiah pula udang dia guna udang geragau, kuahnya pekat sangat. suami kaknab memang suka makan, tapi kaknab xberapa gemar sangat sebab kuahnya manis, kalau modified sikit bagi xbagi manis mungkin kaknab suka.

nama restaurant - Mi bandung Central, Taman syed nasir, Tanjung agas, Muar

Friday, January 11, 2013

ROTI BAKAR YANG RANGUP

Jika anda berada di Muar, jangan lupa singgah di kedai kopi 434, di mana menjual kopi yang sedap dan roti bakar yang rangup.

Nama restaurant - Cafe 434, muar johor


SARAPAN PAGI DEGAN SATAY

Hanya di bandar Muar, Johor saja, anda boleh makan satay untuk sarapan, terdapat banyak kedai2 kopi yang menjual satay.


LONTONG di meru

Kaknab tak tahu nama kedai ini, kedai ni dekat dengan mesjid meru.  tapi yang pasti kaknab selalu je lalu setiap kali pergi ke rumah anak kaknab Setia Alam melalui jalan lama, Pantai Remis. Kedai ini betul betul dekat simpang Meru ke Kapar, kita mesti jalan ini untuk ke utara, Ia menjual lontong dan nasi lemak kukus, yang bestnya lontongnya di bungkus dengan daun pisang. Masa kaknab keje Boustead shipping ada juga kawan kaknab, orang boyan, depa pun pandai juga buat lontong dengan daun pisang.

Lontong berkuah sayur lodeh, ayam goreng  dan sambal sotong, memang sedap. harganya pun murah saja. satu pinggan cuma rm3.50 saja. Nasi lemak kukus, sepinggan biasa cuma rm1.50. kira murah lah tu.

lontong yand dah siap

kuah lodeh

lontong dibungkus dengan daun pisang