Monday, September 12, 2022

Warung ketupat air tangan ibu

 Hari ni maknab pi makan kat warung

 ketupat air tangan ibu.  Kampung pinang seribu, parit jawa.  Memang best kedai ni sebab ketupat buat dengan daun nyok. 

Sedap pula kuah lodeh dan rendang dia. Layan diri, ambik ja apa yang kita nk makan, lauk pauk pun banyak pilihan. Nasi ambeng pun ada.

Tadi maknab dengan suami makan ketupat, rendang daging dan lodeh. Nak makan benda lain perut dah kenyang. Satay yang order 10 batang pun last last bungkuih makan dalam kereta.











restoran belangkas di telok sengat, Kota tinggi, johor

 SAJA MASUK LOKASI KEDAI NI DALAM BLOG JALAN JALAN CARI MAKAN. MAKNAB PI MAKAN KEDAI BELANGKAS NI TAHUN 2013, TAPI MAKNAB MASUKKAN DALAM BLOG JOM JAHIT JOM MASAK. SO MAKNAB TRANSFER GAMBAR LAUK BELANGKAS TU DALAM BLOG  JALAN JALAN CARI MAKAN, SENANG LAIN KALI KALAU MAKNAB NAK CARI KEDAI NI KAT MANA MAKNAB MASUK SAJA SATU BLOG IAITU JALAN JALAN CARI MAKAN TAK LAH PENING KEPALA KAN.











GAMBAR DI BAWAH NI PULA MAKNAB PI JALAN JALAN KE JOHOR LAMA MUSEUM, TAK BERPA JAUH DARI KEDAI BELANGKAS TU.











Sunday, September 11, 2022

rumah kopi, tangkak, johor

 tadi maknab pi makan malam di rumah kopi tangkak, tangkak, johor. maknab yang bermalam di hotol oyo kat muar kalau nak pergi ke kedai kat tangkak mengambil masa dalam 25 minit.  kedai ni ok juga, ramai juga orang datang. ada makanan western dan tempatan. 

maknab dan suami order fish and chips dan fresh orange. jom review sikit.


ini saja yang dihidangkan. sekeping saja fish, kentang ring yang rangup. mayonese and lemon

chilli tidak disediakan di meja kena pi minta depa pi ambik kat dapoq belakang .

tak ada sayur langsung. selalu maknab pi makan kat tempat lain kalau minta chips and chips sekurang dua keping fish, ada salad, timun, tomato, ada chilli sauce disediakan di meja. sebab bukan semua orang nak makan fish dengan mayonese saja. harga fish and chips ni rm15.90. 




makan tengahari di kedai makan kak zah trengganu

 Masa  pi jalan jalan ke Trengganu keluar dari highway, singgah di kedai makan Kak Zah, makan tengahari di situ.  Kedai ni kat Bukit Nangka, Tepoh.   Of course lah Trengganu mesti la ada budu. maknab memang suka sangat budu, tapi depa cuma letak potongan limau, cabai melaka sebiji2, budu, kita la picit picit cabai melaka tu dan perah air asam limau. tapi maknab suka makan masam sebab budu tu masin sangat, maknab request lagi limau. 

Memang selera la makan nasi dengan budu serta ulam ulaman. 







lepas makan nasi. kebetulan depan kedai tu ada makcik jual kuih. kuih depa mesti lah lain dari kuih kita kat kedah ni. sedap sedap pula tu.








sotong celup tepung di trengganu

 masa pi jalan jalan ke trengganu maknab dan anak2 pi makan sotong udang celup tepung dekat pantai penarik, trengganu. tempatnya memang menarik padan la dengan nama pantai penarik pun. sotong besar2 dicelup tepung memang sedap. harganya tak tau😂😂sebab anak yang bayar.

kebetulan orang pun tak berapa ramai pada hari tu. kalau petang sikit memang lah ramai sebab musim cuti sekolah.












kedai makan wong jowo

hari sabtu 10/9/22

 anak maknab bawa kami makan breakfast kat kedai makan wong jowo di kampung budiman, kelang.

kedai dalam kawasan kelapa sawit. tapi ramai orang pi makan. ada jual lontong, nasi lemak putu mayam, kuih muih. me jawa dll. makanan dia sedap sedap juga. cuma tak dapat rasa mee jawa sebab 8.30 pagi baru start jual. kami sampai awal. tak apa lain kali boleh pi makan mee jawa pula.

kami dah saved location lain kali kalau nak pi makan lagi senang kan.





ni ambil dari google maknab lupa nak ambik gambar



Thursday, June 9, 2022

Hokkien mee bee wah restaurant

 

Mak nab makan mee hokkien atau mee udang kat kedai bee wah penang. Selalu kalau pi makan mee curry. Hari tu maknab try mee udang pula. Maknab suka campur mee dengan bihun. Dan bihun lebih dari mee.


Hokien mee

Suami makan mee curry