Sunday, September 11, 2022

sotong celup tepung di trengganu

 masa pi jalan jalan ke trengganu maknab dan anak2 pi makan sotong udang celup tepung dekat pantai penarik, trengganu. tempatnya memang menarik padan la dengan nama pantai penarik pun. sotong besar2 dicelup tepung memang sedap. harganya tak tau😂😂sebab anak yang bayar.

kebetulan orang pun tak berapa ramai pada hari tu. kalau petang sikit memang lah ramai sebab musim cuti sekolah.












kedai makan wong jowo

hari sabtu 10/9/22

 anak maknab bawa kami makan breakfast kat kedai makan wong jowo di kampung budiman, kelang.

kedai dalam kawasan kelapa sawit. tapi ramai orang pi makan. ada jual lontong, nasi lemak putu mayam, kuih muih. me jawa dll. makanan dia sedap sedap juga. cuma tak dapat rasa mee jawa sebab 8.30 pagi baru start jual. kami sampai awal. tak apa lain kali boleh pi makan mee jawa pula.

kami dah saved location lain kali kalau nak pi makan lagi senang kan.





ni ambil dari google maknab lupa nak ambik gambar



Thursday, June 9, 2022

Hokkien mee bee wah restaurant

 

Mak nab makan mee hokkien atau mee udang kat kedai bee wah penang. Selalu kalau pi makan mee curry. Hari tu maknab try mee udang pula. Maknab suka campur mee dengan bihun. Dan bihun lebih dari mee.


Hokien mee

Suami makan mee curry


Monday, November 8, 2021

Friday, November 5, 2021

Sup hameed penang road

Kedai sup hameed jalan penang road, dekat dengan hotel malaysia, hotel citytel, senang nak cari. Ada jual nasi kandar, pasembur, mee goreng, nasi goreng, menu yg paling top sup kambing atau sup ayam. Set dia deng. Roti benggali cecah dengan sup. 

Roti benggali memang sedap tak dapat kat tempat lain. Kaknab yang tinggal di sungai petani pun tak dapat rasa roti benggali sesedap penang.

Kat sungai petani pun ada jual roti benggali tapi texture dia tak macam yang kat Malia, transfer road, penang. 




Sarapan cafe bee hwa dicken street penang

 Cafe ni terletak depan pintu masuk ipk (quarters polis) penang.  Kat sini mee curry dan char koay teow dia memang sedap. Walaupun kedai cina, tapi halal. Pekerja dia pun semua melayu. Dah jadi trend kedai cina jual halal food senang orang melayu pun boleh makan. Pelangan2 di pun 95% orang melayu.

Memang sentiasa penuh kedai ni. Apa lagi musim cuti ramai pelancung dari luar.









Cucur udang mad taman pknk alor setar

 Jjcm ke alor setar makan cucur udang mad kat taman pknk alor setar.

Kedai dia tepi jalan sederet dengan kedai makan bermacam2 kat situ. Kena masuk jalan taman pknk kedai berhadapan kedai2 mini market pun ada kat situ.

Cucur udang mad kalau malam jual kat pasar malam. Dulu kaknab selalu makan Kat pasar malam jalan putera, sabtu, ahad dan isnin. Sekarang mak tak tinggal di kampung seberang terus lagi, rumah pun tak ada lagi kat situ. 


Sepinggan rm5.00. dulu last dok makan kat pasar malam sepinggan rm3.00. maknanya lama betul tak pi makan kat pasar malam sabtu kat jalan putera. Kita dok sungI petani. Xkan nak pi makan jauh pula tu.