Monday, October 11, 2021

Mee bandung central, muar

 Tadi pi makan mee bandung central. Kaknab pi gerai dekat astaka jalan parit othman, tanjung agas.




Ada 3 gerai mee bandung central kat tanjung agas. Depa ni 3 beradik so resepi dan rasa hampir sama.  1 kat sebelah surau tanjung agas, dulu gerai ni kat sebelah parit taman syed nasir, gerai ni memang selalu ramai orang, tetapi gerai ni kadang buka kadang tutup. Jadi suami panggil me bandung central suka suka, dia suka dia buka, dia xsuka dia tutup.

Lagi satu kat parit othman yang knab pi makan tadi. Yang lagi satu bertentangan dengan kedai murtabak singapore. Nama jalan kaknab tak tahu tapi ketiga2 kedai ni dekat jalan besar tanjung agas ke bandar muar. 



Makan tiram fresh kat parit tiram, muar

 Hari ni 11/10/21, kaknab mai muar sebab dah boleh merentas negeri. Semalam ismail sabri announced blh rentas negeri. Kami suami isteri terus ja pack bag.

Pukul 11.30 pm start bertolak, pukul 12.10 am dah sampai tol sg dua. Highway tak berapa jam sebab orang ramai tak sempat nak ambik cuti nak balik kampung.

Sebab banyak kali berhenti rehat akhirnya pukul 11.58 am kami pun sampai kat jambatan muar.



Dari jambatan muar, nak pi restaoran tiram fresh tak berapa jauh dalam 1 km atau lebih sedikit. Terletak kat Parit Tiram. Kena masuk lorong sebelah mesjid. Kedai dia kat tepi sungai. Cantik pandangan kat sini




Berapa harga set tiram fresh ni. Bagi knab tak mahal sangat kalau dikira nak menyelam nak mengambil tiram. Satu set ada 10 biji tiram rm35.00. memang sedap dengan manis semula jadi. Boleh google kalau nak cari kedai tiram ni. 

Tuesday, August 18, 2020

Makan yong tow foo, taiping

 Jom ksknab cerita kaknab pi makan yong tow foo kat Taiping. Tempatnya di jalan tupai, belakang panggung wayang. 

Kaknab bermalam di sense hotel (dulu tune hotel). Tak berapa jauh juga kalau nak pi di medan selera yong tow foo. Depa start berniaga pukul 5 petang.

Masa kaknab sampai orang dah penuh,lagi awai depa pi. Kaknab order dari gerai cik gu fadzli. Gerai 4,5,6. Suami google dulu sebelum pi makan. Memang banyak gerai yong tow foo kat situ. Ada yang sedap ada yang kurang.

Memang sedap yong tow foo cik gu fadzli, kaknab boleh rekemen pi makan. Kuah dia sedap harga pun berpatutan. Yong tow memang favaurite kaknab. Kalau pi pasar malam kat spetani, kaknab memang selalu beli. Bila dah makan yong tow foo kat taiping memang jauh lebih sedap dari yang jual kat spetani.





Tuesday, December 24, 2019

Peknga nyok dan peknga pisang warung klasik alor setar

Kedai ni terletak di tepi jalan besar menuju kangar, perlis. Nama tempat padang lalang.








Kaknab pi naik moto dari sungai petani nak makan peknga saja. dok orang viral dalam fb. Memang sedap sangat.peknga pisang, pisang banyak dan lembut. Peknga nyok pum sedap. Depa guna nyok mantan.

Orang ramai kedai tu. Pulut takbrasa lagi nanti pi lain naaa.

Thursday, October 24, 2019

Belangkas lagi

Kelmarin 23/10/19 mai lagi kota tinggi makan belangkas kat gerai belangkas mahkota. All the way from sungai petani nak makan belangkas, gila betui.

Dok hotel oyo mahkota pula. Lepas makan pi rumah abg ipar kat machap.

Sunday, October 20, 2019

Gerai belangkas mahkota kota tinggi, johor

Kaknab pi makan di kedai ni pada bulan september 2019. Tapi baru nak post kat sini.

Sedap lauk belangkas kedai ni. Bayangkan lah mula kaknab pi 17/9/19. Balik sungai petani, pi pula pada 25/9/19. Jauh pun jauh la nak makan punya pasai sanggup redah lebuhraya hehe.

Untuk makan seorang lauk belangkas rm12.00. tak kisah la tempat lain tak jumpa lauk ni. Kalau jumpa belangkas hidup orang jual kaknab beli, masak sendiri. Tak ada orang jual pun. Sekali ja kaknab beli kat tepi sungai muar masa mancing ikan. Orang tu jual untuk buat umpan mancing ikan sembilang. Kaknab beli masak. Murah pula tu sekor rm5 sahaja. Beli dua ekor. Masak  dua hari. Sekor masak lemak cili api, sekor lagi masa gorenf cabai.

Sepinggan mcm tu mkn
Dua org rm24.00
Hero dlm gambar tu suami
Kaknab


Tuesday, January 16, 2018

Cendol,/rojak ali puncak alam

Setiap kali pi ambik cucu di little caliph, setia alam,  dari alam suria ke setia alam, mesti lalu jalan ni di mana ada jual cendol/rojak di bawah pokok,  dekat round about sebelum sampai uitm puncak alam.  Dok tengok ramai juga orang berhenti makan dok presume mesti sedap punya sebab ramai orang.


Hari ni suami pun beli nak cuba rasa. Kaknab ni lidah penang,  klu pasembur a. K. A rojak orang kl panggil.  Mesti la sedap lagi hat yang penang punya.  Kalau pasembur yang kat round about ni, ali rojak/cendul kaknab rasa la,  ikut tekak kaknab memang tak pi la for the 2nd time.  Jadi jawapannnya tak sedap la. Sepinggan rm5. Rojak atau pasembur dia tu mahal la.

Pasemburnya

Ok mi gorengnya pula.  Sepinggan rm5/= tak sedap juga.  Kalau kat penang atau kat sg lalang bedong,  dimana kaknab tinggal sekarang,  kalau buka bungkusan mi goreng aroma mi goreng mamak memang sedap. Tapi bila buka ja mi goreng yang kaknab beli kat puncak alam ni,  hambar ja,  not nice la I tell you.  Macam mana ya kaknab baca bloggers yang biasa makan kata sedap.  Lain tekak lain la rasanya kan.

Mi gorengnya.

Cendol pula.

Cendolnya juga tak sedap la,  manis saja tak rasa lemak,  macam cendol,  kat penang road,  cendol kat jalan maklum sungai dua. Cendol BM pun dia tak boleh lawan.

Cendolnya

Ok conclusion, the first and the last la,  tak repeat dah la jawabnya.




Sekian saja review hari ini