Friday, October 17, 2014

cendol sedap batu pahat

okay tengah rajin ni, jum kaknab habaq cendol yang kaknab baru makan kat batu pahat. sebenarnya cendol ni diceritakan oleh sorang pakcik masa kaknab pi jalan2 kat pantai minyak beku batu pahat. pakcik ni, tok penghulu sungai ayam, dia lah habaq cendol ni memang sedap.

tempatnya ialah belakang setesen bas batu pahat. kaknab dengan husband dan dan pi kat sana (dan dan tu ialah bahasa utara iaitu 'terus') kira terus pi lah cari kedai tu, kebetulan jumpa pula. bila dah rasa memang sedap lah juga, tapi rasa kaknab tidak lah sesedap cendol penang road dan  cendol maklum sungai dua yang bubuh kacang banyak dan santan dia nyok mantan, memang sedap lagi. 

Apa pun memang boleh pi lagi lah kalau sampai kat batu pahat. kata suami, makan nasi briani dulu, pastu singgah pula makan cendol. yang best murah cendolnya. kaknab dengan husband makan cendol kacang rm1.20 saja, bawa balik pula cendol special rm2.00. cendol special tu dia bubuh jagung, kacang dan pulut. pulut dia tanak, jadi kurang umph lah, sebab kalau kat sungai lalang, kedah, pulut dia kukus, lebih sedap lah.

cendol durian borhan memang special duriannya. kaknab selalu makan kat situ. lain kali kaknab ambik gambarnya.





so far kaknab biasa makan dan akan ulang lagi kalau pi di sana, iaitu, cendol sungai lalang, cendol penang road, cendol maklum sungai dua, penang  cendol borhan, selangor, cendol batu pahat (baru rasa).

kalau cendol penang road, mesti makan kalau pi penang island, kat sungai lalang, kat rumah kaknab je, boleh singgah bila pi sungai petani, cendol maklum pi selalu sebab lagi dekat dari cendol penang road,. cendol durian borhan boleh singgah selalu kalau pi rumah anak kat setia alam.

No comments:

Post a Comment