Friday, October 17, 2014

cendol sedap batu pahat

okay tengah rajin ni, jum kaknab habaq cendol yang kaknab baru makan kat batu pahat. sebenarnya cendol ni diceritakan oleh sorang pakcik masa kaknab pi jalan2 kat pantai minyak beku batu pahat. pakcik ni, tok penghulu sungai ayam, dia lah habaq cendol ni memang sedap.

tempatnya ialah belakang setesen bas batu pahat. kaknab dengan husband dan dan pi kat sana (dan dan tu ialah bahasa utara iaitu 'terus') kira terus pi lah cari kedai tu, kebetulan jumpa pula. bila dah rasa memang sedap lah juga, tapi rasa kaknab tidak lah sesedap cendol penang road dan  cendol maklum sungai dua yang bubuh kacang banyak dan santan dia nyok mantan, memang sedap lagi. 

Apa pun memang boleh pi lagi lah kalau sampai kat batu pahat. kata suami, makan nasi briani dulu, pastu singgah pula makan cendol. yang best murah cendolnya. kaknab dengan husband makan cendol kacang rm1.20 saja, bawa balik pula cendol special rm2.00. cendol special tu dia bubuh jagung, kacang dan pulut. pulut dia tanak, jadi kurang umph lah, sebab kalau kat sungai lalang, kedah, pulut dia kukus, lebih sedap lah.

cendol durian borhan memang special duriannya. kaknab selalu makan kat situ. lain kali kaknab ambik gambarnya.





so far kaknab biasa makan dan akan ulang lagi kalau pi di sana, iaitu, cendol sungai lalang, cendol penang road, cendol maklum sungai dua, penang  cendol borhan, selangor, cendol batu pahat (baru rasa).

kalau cendol penang road, mesti makan kalau pi penang island, kat sungai lalang, kat rumah kaknab je, boleh singgah bila pi sungai petani, cendol maklum pi selalu sebab lagi dekat dari cendol penang road,. cendol durian borhan boleh singgah selalu kalau pi rumah anak kat setia alam.

Thursday, October 16, 2014

mi sotong, ais kacang dan fish and chip padang kota.


sebenarnya lama kaknab tak makan mi sotong kat padang kota. sejak berhenti kerja tahun 1997. kaknab dah tak pi makan mi sotong ni. Dulu masa kaknab dok kerja kat boustead shipping, penang, padang kota memang tempat kaknab dok makan lunch.  bila dah tak kerja kat situ lagi, yang kaknab dok makan makan kat bukit mertajam, mi sotong dengan ais kacang jalil kat bm pun ada. jadi tak payah lah kaknab pergi jauh jauh sampai padang kota,

tapi baru baru ni, kak nab ronda2 dengan husband, merempit dari sungai petani, saja je, sejak dia pencen, kaknab pun tak kerja, kami pi mana pun naik motor keeway dia saja, save tol dan minyak, lagi pun senang, penang kan selalu jam, kalau motor boleh lah mencelah.

bila rasa mi sotong, awat tak berapa sedap macam dulu, ais kacang dia pun tak best lagi, kut barang naik harga depa nak untung lebih. kata husband tak payah mai lah lain kali, kalau rasa dah tak best lagi. mi sotong kat permatang pauh depan uitm, mi sotong kepala batas lebih sedap.

kaknab juga makan fish and chips kat padang kota. dari dulu memang kaknab punya favourite, fish and chips, chicken chop depa memang sedap. dulu masa kaknab dok kerja cuma rm5.00 saja fish and chip dia, tapi la ni dah rm8.00 tak apa lah mahai sikit, tapi sedap dia maintain. masih macam dulu juga. memang sedap dari tempat lain. Seingat kaknab tokeh yang jual fish n chip ni ialah kembar, muka memang sama. lepas tu depa buka lagi satu cawangan kat belakang hotel apa entah tak ingat lagi. office kaknab p&O Nedlloyd pindah kat bangunan ni.

fish and chip padang kota



mi sotong  padng kota

NASI BRIANI BATU PAHAT

Kat Batu Pahat memang banyak juga restaurant nasi briani, tapi yang selalu kaknab pi kat Mad shah saja, iaitu kat Peserai astaka. walaupun adik2 ipar dan abang ipar kaknab rekemen kat hospital, kat jalan soga ke apa entah. suami tak mau pi kat sana. balik balik kat mad shah. mungkin murah kut compare dengan kedai lain, atau memang tekak dia sedap kat situ. tapi kalau selalu kat situ, jemu juga lah kaknab rasa.



ni lah gambar terbaru kaknab pi makan kat kedai mad shah, harga masih murah, briani ayam Rm6.00, briani kambing Rm6.50. murah kan. rasa dia memang ok lah. tapi sebab kaknab tak biasa rasa lagi kat hospital batu pahat. tak tau nak compre lah. nanti satu hari kena pi try kat sana nooooo.