Thursday, September 29, 2022

cendol station aman jaya

 Tadi maknab baru pi makan kat kedai cendol Station dekat aman jaya, Sungai petani.

saja je nak rasa sedap ka tak, tengok orang ramai juga pi makan. Boleh lah kalau perut lapar sangat. tapi maknab rasa maknab tak pi dah kut.

Maknab selalu dok pi makan cendol kat jalan maklum sungai dua, penang, kalau cendol station boleh lawan sedap macam jalan maklum tak payah lah maknab pi jauh nuu di penang.tapi rasanya hampeh tak sesedap cendol maklum 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

maknab order mee curry. bagi tekak maknab tak berapa sedap. orang lain tak tahu lah. Suami pula order moay soup, maknab tanya dia ok ke, dia kata boleh lah.

maknab order cendol aiscream, suami order cendol pulut.

moay soup daging

cendol ais cream

cendol pulut

meecurry



Cendol borhan kuala selangor

ni gambar lama. tapi sebab maknab tak update dalam blog tu yang post hari ni. 

 Kedai cendol ni terletak di jalan besar senang cari. Nama tempat yang tahu kuala selangor ja. Boleh google ja cendol durian borhan. Maknab selalu singgah sebab lalu jalan tu nak pi rumah anak dekat setia alam. 

Boleh order cendol durian paste atau cendol durian fresh seulas. Durian king. Tapi maknab kalau pi makan selalu order cendol durian paste sedap juga,  ada nasi ayam, mee curry, laksa, nasi goreng.



Ni yang maknab pi makan. 
Tu my husband xdak kepala


Gambar dari google.

Gambar dari google


Wednesday, September 28, 2022

tosei sedap di bandar baru sungai lalang

 hari ni maknab pi makan tosei dan roti canai yang sedap di bandar baru, sungai lalang.

kuah catni dia yang sedap. walaupun kedai biasa biasa saja. orang ramai juga pi makan. murah dan sedap. maknab makan 3 tosei 1 roti canai, teh tarik 1, teh ais 1. semua total rm7.80. murah kan. makan kedai makan macam ni tak ada tax, maknab pi makan kat hussein nasi kandar ada tax lagi. 😒




Tuesday, September 27, 2022

pasembor yang paling sedap di penang. pasembor karim union street

 mai maknab cerita pasembor yang sedap di penang. tapi buka hanya waktu siang. isnin-sabtu. tempatnya di union street, penang. boleh google ja, sebelah chartered bank. senang cari. boleh tambah apa yang kita suka atau boleh je minta biasa rm5.00 atau rm10.00. maknab beli bungkus ja sebab dah makan nasi kandaq kampung melayu. balik makan rumah ja. maknab beli yang rm10.00. maknab tak pilih segala maknenek yang ada kat situ. kalau beli biasa pun dia dah campur semua. sotong pun ada.

 

    ni yang rm10.00.semua ada




boleh ja pilih apa yang kita nak




Monday, September 12, 2022

Warung ketupat air tangan ibu

 Hari ni maknab pi makan kat warung

 ketupat air tangan ibu.  Kampung pinang seribu, parit jawa.  Memang best kedai ni sebab ketupat buat dengan daun nyok. 

Sedap pula kuah lodeh dan rendang dia. Layan diri, ambik ja apa yang kita nk makan, lauk pauk pun banyak pilihan. Nasi ambeng pun ada.

Tadi maknab dengan suami makan ketupat, rendang daging dan lodeh. Nak makan benda lain perut dah kenyang. Satay yang order 10 batang pun last last bungkuih makan dalam kereta.











restoran belangkas di telok sengat, Kota tinggi, johor

 SAJA MASUK LOKASI KEDAI NI DALAM BLOG JALAN JALAN CARI MAKAN. MAKNAB PI MAKAN KEDAI BELANGKAS NI TAHUN 2013, TAPI MAKNAB MASUKKAN DALAM BLOG JOM JAHIT JOM MASAK. SO MAKNAB TRANSFER GAMBAR LAUK BELANGKAS TU DALAM BLOG  JALAN JALAN CARI MAKAN, SENANG LAIN KALI KALAU MAKNAB NAK CARI KEDAI NI KAT MANA MAKNAB MASUK SAJA SATU BLOG IAITU JALAN JALAN CARI MAKAN TAK LAH PENING KEPALA KAN.











GAMBAR DI BAWAH NI PULA MAKNAB PI JALAN JALAN KE JOHOR LAMA MUSEUM, TAK BERPA JAUH DARI KEDAI BELANGKAS TU.











Sunday, September 11, 2022

rumah kopi, tangkak, johor

 tadi maknab pi makan malam di rumah kopi tangkak, tangkak, johor. maknab yang bermalam di hotol oyo kat muar kalau nak pergi ke kedai kat tangkak mengambil masa dalam 25 minit.  kedai ni ok juga, ramai juga orang datang. ada makanan western dan tempatan. 

maknab dan suami order fish and chips dan fresh orange. jom review sikit.


ini saja yang dihidangkan. sekeping saja fish, kentang ring yang rangup. mayonese and lemon

chilli tidak disediakan di meja kena pi minta depa pi ambik kat dapoq belakang .

tak ada sayur langsung. selalu maknab pi makan kat tempat lain kalau minta chips and chips sekurang dua keping fish, ada salad, timun, tomato, ada chilli sauce disediakan di meja. sebab bukan semua orang nak makan fish dengan mayonese saja. harga fish and chips ni rm15.90. 




makan tengahari di kedai makan kak zah trengganu

 Masa  pi jalan jalan ke Trengganu keluar dari highway, singgah di kedai makan Kak Zah, makan tengahari di situ.  Kedai ni kat Bukit Nangka, Tepoh.   Of course lah Trengganu mesti la ada budu. maknab memang suka sangat budu, tapi depa cuma letak potongan limau, cabai melaka sebiji2, budu, kita la picit picit cabai melaka tu dan perah air asam limau. tapi maknab suka makan masam sebab budu tu masin sangat, maknab request lagi limau. 

Memang selera la makan nasi dengan budu serta ulam ulaman. 







lepas makan nasi. kebetulan depan kedai tu ada makcik jual kuih. kuih depa mesti lah lain dari kuih kita kat kedah ni. sedap sedap pula tu.








sotong celup tepung di trengganu

 masa pi jalan jalan ke trengganu maknab dan anak2 pi makan sotong udang celup tepung dekat pantai penarik, trengganu. tempatnya memang menarik padan la dengan nama pantai penarik pun. sotong besar2 dicelup tepung memang sedap. harganya tak tau😂😂sebab anak yang bayar.

kebetulan orang pun tak berapa ramai pada hari tu. kalau petang sikit memang lah ramai sebab musim cuti sekolah.