Monday, November 8, 2021
Friday, November 5, 2021
Sup hameed penang road
Sarapan cafe bee hwa dicken street penang
Cafe ni terletak depan pintu masuk ipk (quarters polis) penang. Kat sini mee curry dan char koay teow dia memang sedap. Walaupun kedai cina, tapi halal. Pekerja dia pun semua melayu. Dah jadi trend kedai cina jual halal food senang orang melayu pun boleh makan. Pelangan2 di pun 95% orang melayu.
Memang sentiasa penuh kedai ni. Apa lagi musim cuti ramai pelancung dari luar.
Cucur udang mad taman pknk alor setar
Jjcm ke alor setar makan cucur udang mad kat taman pknk alor setar.
Kedai dia tepi jalan sederet dengan kedai makan bermacam2 kat situ. Kena masuk jalan taman pknk kedai berhadapan kedai2 mini market pun ada kat situ.
Cucur udang mad kalau malam jual kat pasar malam. Dulu kaknab selalu makan Kat pasar malam jalan putera, sabtu, ahad dan isnin. Sekarang mak tak tinggal di kampung seberang terus lagi, rumah pun tak ada lagi kat situ.
Sepinggan rm5.00. dulu last dok makan kat pasar malam sepinggan rm3.00. maknanya lama betul tak pi makan kat pasar malam sabtu kat jalan putera. Kita dok sungI petani. Xkan nak pi makan jauh pula tu.
Thursday, November 4, 2021
Cucur udang aka hechi bazaar penang
Ni mai makan cucur udang kat kedai dalam bazaar penang. Sebab sini orang penang saja yang tahu, jadi tak berapa ramai macam yang dekat tamil street sebelah chowrasta market. Pelancung luar memang tumpu kat situ, ice dinding atau ice tingkap.
Kat bazaar ni memang dari dulu kaknab mai makan. Dari kecil lagi memang selalu makan kat sini. Rasa tidak berubah dari dulu hingga sekarang. mungkin dari bapa turun ke anak2 tu yang rasa tak ubah.