Monday, November 8, 2021

Friday, November 5, 2021

Sup hameed penang road

Kedai sup hameed jalan penang road, dekat dengan hotel malaysia, hotel citytel, senang nak cari. Ada jual nasi kandar, pasembur, mee goreng, nasi goreng, menu yg paling top sup kambing atau sup ayam. Set dia deng. Roti benggali cecah dengan sup. 

Roti benggali memang sedap tak dapat kat tempat lain. Kaknab yang tinggal di sungai petani pun tak dapat rasa roti benggali sesedap penang.

Kat sungai petani pun ada jual roti benggali tapi texture dia tak macam yang kat Malia, transfer road, penang. 




Sarapan cafe bee hwa dicken street penang

 Cafe ni terletak depan pintu masuk ipk (quarters polis) penang.  Kat sini mee curry dan char koay teow dia memang sedap. Walaupun kedai cina, tapi halal. Pekerja dia pun semua melayu. Dah jadi trend kedai cina jual halal food senang orang melayu pun boleh makan. Pelangan2 di pun 95% orang melayu.

Memang sentiasa penuh kedai ni. Apa lagi musim cuti ramai pelancung dari luar.









Cucur udang mad taman pknk alor setar

 Jjcm ke alor setar makan cucur udang mad kat taman pknk alor setar.

Kedai dia tepi jalan sederet dengan kedai makan bermacam2 kat situ. Kena masuk jalan taman pknk kedai berhadapan kedai2 mini market pun ada kat situ.

Cucur udang mad kalau malam jual kat pasar malam. Dulu kaknab selalu makan Kat pasar malam jalan putera, sabtu, ahad dan isnin. Sekarang mak tak tinggal di kampung seberang terus lagi, rumah pun tak ada lagi kat situ. 


Sepinggan rm5.00. dulu last dok makan kat pasar malam sepinggan rm3.00. maknanya lama betul tak pi makan kat pasar malam sabtu kat jalan putera. Kita dok sungI petani. Xkan nak pi makan jauh pula tu. 

Thursday, November 4, 2021

Cucur udang aka hechi bazaar penang

 Ni mai makan cucur udang kat kedai dalam bazaar penang. Sebab sini orang penang saja yang tahu, jadi tak berapa ramai macam yang dekat tamil street sebelah chowrasta market. Pelancung luar memang tumpu kat situ, ice dinding atau ice tingkap.

Kat bazaar ni memang dari dulu kaknab mai makan. Dari kecil lagi memang selalu makan kat sini. Rasa tidak berubah dari dulu hingga sekarang. mungkin dari bapa turun ke anak2 tu yang rasa tak ubah.









Thursday, October 28, 2021

Kedai asam pedas intan, sungai mati muar

 Singgah kedai asam pedas kat sini. Ada lempeng, soto, lontong, roti canai. Boleh makan nasi lauk asam pedas. 


Mee soto

Lempeng kelapa


Wednesday, October 27, 2021

Hari ni kat muar lagi

 Datang kali kedua dlm masa 2 minggu.

Dari trengganu menuju ke kota tinggi makan belangkas. Dari kota tinggi ke machap rumah abang ipar. Dari machap datang muar.



Tuesday, October 26, 2021

Makan belangkas kat warung belangkas mahkota

Semalam pi makan tengahari kat warung belangkas mahkota, kota tinggi, johor. Lama kaknab tak pi sebab pkp tak boleh merentas negeri, last pi tahun 2019.

Macam biasa menginap di hotel heritage, kota tinggi. 



Monday, October 25, 2021

Restoran Hasan wong kota tinggi

Makan di kedai hasan wong, kota tinggi


Singgah di sini makan. Memang sedap















Monday, October 11, 2021

Mee bandung central, muar

 Tadi pi makan mee bandung central. Kaknab pi gerai dekat astaka jalan parit othman, tanjung agas.




Ada 3 gerai mee bandung central kat tanjung agas. Depa ni 3 beradik so resepi dan rasa hampir sama.  1 kat sebelah surau tanjung agas, dulu gerai ni kat sebelah parit taman syed nasir, gerai ni memang selalu ramai orang, tetapi gerai ni kadang buka kadang tutup. Jadi suami panggil me bandung central suka suka, dia suka dia buka, dia xsuka dia tutup.

Lagi satu kat parit othman yang knab pi makan tadi. Yang lagi satu bertentangan dengan kedai murtabak singapore. Nama jalan kaknab tak tahu tapi ketiga2 kedai ni dekat jalan besar tanjung agas ke bandar muar. 



Makan tiram fresh kat parit tiram, muar

 Hari ni 11/10/21, kaknab mai muar sebab dah boleh merentas negeri. Semalam ismail sabri announced blh rentas negeri. Kami suami isteri terus ja pack bag.

Pukul 11.30 pm start bertolak, pukul 12.10 am dah sampai tol sg dua. Highway tak berapa jam sebab orang ramai tak sempat nak ambik cuti nak balik kampung.

Sebab banyak kali berhenti rehat akhirnya pukul 11.58 am kami pun sampai kat jambatan muar.



Dari jambatan muar, nak pi restaoran tiram fresh tak berapa jauh dalam 1 km atau lebih sedikit. Terletak kat Parit Tiram. Kena masuk lorong sebelah mesjid. Kedai dia kat tepi sungai. Cantik pandangan kat sini




Berapa harga set tiram fresh ni. Bagi knab tak mahal sangat kalau dikira nak menyelam nak mengambil tiram. Satu set ada 10 biji tiram rm35.00. memang sedap dengan manis semula jadi. Boleh google kalau nak cari kedai tiram ni.