ni pula antara kedai satay yang kaknab rasa memang sedap sataynya. kat jalan bakri, nama kedainya, zin satay house
batu 2 1/4 jalan bakri muar johor. malam memang ramai orang. tapi servicenya cepat juga. kaknab siap ambik kad mana lah tau kalau kalau nak order untuk open house ke apa ka. ni no. tel dia 012 9119300, 06-9033100
Nama restaurant : Zin Satay house, jalan Bakri, Muar, Johor
Tuesday, September 10, 2013
mi bandung muar
kalau ada di muar, kaknab selalu pi makan mi bandung, rata2 juga kaknab rasa, kat bazzar muar Abu bakar hanafiah,
stesen bas bentayan, tanjung emas, tanjung agas. dalam semua kedai ni, hanya satu bagi kaknab yang sedap iaitu kat tanjung agas, taman syed nasir, iaitu mi bandung central. rasa dia memang okay, selalu kaknab makan mi bandung manis sangat, manis ajinomoto, tu yang xboleh telan. kat abu bakar hanafiah pula udang dia guna udang geragau, kuahnya pekat sangat. suami kaknab memang suka makan, tapi kaknab xberapa gemar sangat sebab kuahnya manis, kalau modified sikit bagi xbagi manis mungkin kaknab suka.
nama restaurant - Mi bandung Central, Taman syed nasir, Tanjung agas, Muar
nama restaurant - Mi bandung Central, Taman syed nasir, Tanjung agas, Muar
Subscribe to:
Posts (Atom)